Sunday, October 24, 2010

Kita sudah tiada masa...

Time is precious.

*notes: to be continue..

Hidup ini, seperti biskut

Hidup ini seperti biskut.

Ia perlu disimpan dalam bekas yang bertutup rapi untuk dipastikan kerangupannya. Jika tidak, ia akan lemau dan tidak sedap lagi untuk dimakan.

Biskut murah atau mahal sekalipun, kalau dibiarkan terdedah, ia akan dihurung semut. Apabila terjadi begini, pasti tidak ada lagi yang mahu memakannya. Membazir, kasihan.

Biskut mahal atau murah, harga lelong atau tidak, yang mana satu hidup kita?

Hidup ini seperti biskut. Nikmatilah ia sebelum habis.