Sunday, June 26, 2011

Perkongsian isi buku Manhaj Hidup Muslim siri 4

CHAPTER 2: PERBEZAAN ANTARA SEORANG MUSLIM DENGAN SEORANG KAFIR

1) Kenapa Seorang Muslim berbeza dengan seorang kafir?

  • Setiap Muslim percaya bahawa seorang Muslim lebih tinggi darjatnya berbanding orang kafir. 
  • Seorang Muslim disenangi Allah dan memperoleh keselamatan dari Allah, sedangkan seorang kafir tidak. 
  • Seorang Muslim akan masuk ke syurga, sedangkan bukan Muslim akan masuk ke neraka.
2) Apakah perbezaan ini berkaitan dengan soal nama?
  • tidak sama sekali, tidak mungkin perbezaan antara Muslim dengan kafir itu hanyalah kerana hal-hal yang kecil seperti nama Abdurrahman dan Robertson, disunat atau tidak, makan daging babi atau tidak. bukan, bukan. Mana mungkin Allah yang menciptakan seluruh alam bertindak mendiskriminasikan hamba-hambaNya kerana hal-hal seperti ini.
3) Perbezaan Islam dan Kuffar yang sebenarnya
  • Islam bererti kepatuhan kepada Allah manakala kufr bererti keingaran kepada Allah.
  • Kedua-duanya hamba Allah, kedua-duanya adalah manusia. tetapi yang satu berkedudukan mulia kerana mengakui Allah sebagai Rabb dan mematuhi perintah-perintahNya, sedangkan yang satu lagi tidak memiliki kemuliaan itu kerana tidak mengakui Allah dan tidak mematuhi perintah-perintahNya. 
  • Allah menjanjikan syurga kepada orang Muslim dan memperingatkan orang kafir bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.
4)Sebab Perbezaan: PENGETAHUAN dan PERBUATAN. 
    • Pengetahuan bererti seorang Muslim mesti tahu siapa Tuhannya, apa perintah-perintahnya, bagaimana cara-cara untuk menuruti kehendakNya, perbuatan-perbuatan mana yang disukaiNya dan mana yang tidak disukaiNya.
    • Setelah mengetahui ini, maka dia perlu menjadi hamba kepada Rabbnya, melaksanakan kehendak-kehendakNya dan mengabaikan kemahuan-kemahuanNya sendiri.
    • Jika dia mahu melakukan sesuatu, tetapi hal itu bertentangan dengan perintah Tuhannya, maka dia perlu meninggalkan keinginannya dan melaksanakan perintah Tuhan tersebut.
    • Sebaliknya jika dia memandang hina sesuatu perkara, tetapi Allah mengatakan bahawa hal itu mulia, maka dia mesti memandang hal itu sebagai mulia pula.
    • Inilah pengetahuan yang menjadikan seorang Muslim sebagai hamba Allah yang sejati, yang mendapatklan limpahanNya serta kedudukan yang luhur dan mulia. Sebaliknya, kerana seorang kafir tak memiliki pengetahuan ini, ia dimasukkan ke dalam golongan hamba Allah yang membangkang dan tidak mendapat limpahan rahmatNya.

Tuesday, June 14, 2011

Perkongsian isi buku Manhaj Hidup Muslim siri 3

Erti menerima Islam
Erti menerima Islam ialah seseorang itu wajib dengan penuh kesengajaan dan kesedaran menerima apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dan bertindak sesuai dengan ajarannya. sesiapa yang berbuat demikian maka dia adalah seorang Muslim dan sesiapa yang tidak berbuat demikian maka dia bukanlah seorang Muslim. Mari, kita perlu memperhalusi dan menilai diri kita, sama ada kita benar-benar telah menerima Islam, dan benar-benar true Muslim.


Syarat Pertama Menjadi Muslim: Ilmu Pengetahuan
Seseorang tidak dapat menjadi Muslim tanpa ilmu pengetahuan kerana Islam tidak dimiliki dengan faktor keturunan, tetapi kerana pengetahuan. Jika seseorang itu tidak mengetahui apa yang diajarkan oleh nabi Muhammad S.A.W, bagaimanakah boleh dia mengaku bahawa dia beriman kepada ajaran tersebut dan mempraktikkannya? Adalah tidak mungkin bagi seorang Muslim untuk menjadi seorang Muslim dan hidup sebagai seorang Muslim tanpa dia mengetahui apa-apa.


Seorang Muslim itu ialah yang sebenar-benarnya menyatakan keimanan kepada Islam dengan penuh kesedaran.


Perbezaan seorang Muslim dengan seorang kafir itu bukanlah dengan nama. Tidak semestinya seseorang yang bernama Johny itu seorang kafir dan seorang yang bernama Atikah itu Muslim. Bukan. Perbezaan yang sebenarnya adalah dalam hal pengetahuan, di mana seseorang adalah kafir kerana dia tidak tahu bagaimana hubungan dirinya dengan Tuhan dan bagaimana hubungan Tuhan dengan dirinya. Dia juga tidak tahu cara hidup yang bagaimana harus dijalaninya di dunia ini yang sesuai dengan kehendak Tuhan. Apabila seorang anak yang ibubapanya Muslim tidak tahu tentang hal ini, maka, apakah alasannya bagi kita untuk menganggap dirinya seorang Muslim?


Berhati-hatilah, kerana dengan kejahilan, kita mungkin boleh kehilangan keimanan, sebuah anugerah yang berharga dalam keidupan ini, sebagai kunci menuju Allah.

Thursday, June 2, 2011

Perkongsian isi buku Manhaj Hidup Muslim siri 2

Langkah Pertama menjadi Muslim

Kita, sekurang-kurangnya pasti akan tertanya, bagaimana hendak menjadi muslim yang sebenarnya. Muslim itu bukan nama suatu kelompok bangsa manusia.

Muslim yang sebenarnya
Kita perlu tahu, bahawa muslim itu bukan suatu pangkat, bukan nama, bukan milikan, dan bukan semulajadi daripada keturunan. Seorang Muslim tidak lahir seperti lahirnya seorang bangsawan dalam keluarga bangsawan, seorang anak dari kasta Brahman lahir sebagai seorang Brahman, atau seorang anak Sudra lahir sebagai seorang Sudra. Seseorang itu tidak semestinya muslim jika dia lahir di tengah-tengah masyarakat muslim. Seseorang tidak disebut seorang Muslim kerana ia tergolong dalam kelompok bangsa tertentu.

Seseorang itu muslim apabila dia menerima Islam sebagai agamanya. Kalau dia melepaskan agama Islam, maka automatically dia berhenti menjadi Muslim. Seorang yang beragama Hindu, atau seorang bangsawan atau seorang Inggeris adalah termasuk dalam kelompok Muslim jika dia menerima Islam sebagai agamanya, tetapi jika seseorang yang lahir dalam keluarga Muslim akan dikeluarkan daripada masyarakat Muslim kalau dia melepaskan Islam sebagai agamanya.

Dengan rasa rendah hati, kita harus sedar, bahawa sebutan Muslim yang kita nikmati ini adalah kurniaan Allah yang terbesar yang bukan merupakan milikan atau aset kepunyaan bangsa atau kesukuan yang diwarisi daripada orang tua yang terus melekat pada diri kita selama kita hidup. Namun ia adalah harta yang boleh dan harus diperoleh dengan usaha. Kalau kita berusaha memperolehinya maka kita akan mendapatkannya, tapi jika kita tak memperdulikannya (walaupun sudah diperoleh), maka ia akan dicabut dari kita. Naudzubillahiminzalik.

Wednesday, June 1, 2011

Perkongsian isi buku Manhaj Hidup Muslim siri 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Allah telah menyempurnakan nikmatNya kepada kita dengan mengurniakan nikmat iman dan Islam. Sedang nikmat lain itu (makan, minum, tidur dsbgnya) cuma kecil sahaja di mata Allah berbanding nikmat iman dan Islam, maka kita wajib merasa bahagia dan bersyukur..

"..This day I have perfected for you your religion and completed My favor upon you and have approved for you Islam as religion.."

Sebagai tanda terima kasih atas kurniaan terbesar ini, kita wajib melaksanakan kewajipan-kewajipan kita terhadap Allah, dan menunjukkan rasa syukur kita dengan menjadi ummat Muhammad yang taat. Tidak ada cara lain yang lebih baik untuk mengekspresikan rasa syukur ini melainkan dengan cara ini sahaja. Jika kita tak menyatakan rasa thankful dengan cara ini, maka hukuman ke atas kita yang tak berterima kasih ini akan sebanding besarnya dengan nikmat yang dikurniakan kepada kita. (oh, tak terhitung!) Semoga Allah melindungi kita daripada hukuman itu.. Amiin..

nota ikin: ini yang pertama dari bab 1. Dapatkan PDF Manhaj Hidup Muslim dari PDF 4shared