Tuesday, June 14, 2011

Perkongsian isi buku Manhaj Hidup Muslim siri 3

Erti menerima Islam
Erti menerima Islam ialah seseorang itu wajib dengan penuh kesengajaan dan kesedaran menerima apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dan bertindak sesuai dengan ajarannya. sesiapa yang berbuat demikian maka dia adalah seorang Muslim dan sesiapa yang tidak berbuat demikian maka dia bukanlah seorang Muslim. Mari, kita perlu memperhalusi dan menilai diri kita, sama ada kita benar-benar telah menerima Islam, dan benar-benar true Muslim.


Syarat Pertama Menjadi Muslim: Ilmu Pengetahuan
Seseorang tidak dapat menjadi Muslim tanpa ilmu pengetahuan kerana Islam tidak dimiliki dengan faktor keturunan, tetapi kerana pengetahuan. Jika seseorang itu tidak mengetahui apa yang diajarkan oleh nabi Muhammad S.A.W, bagaimanakah boleh dia mengaku bahawa dia beriman kepada ajaran tersebut dan mempraktikkannya? Adalah tidak mungkin bagi seorang Muslim untuk menjadi seorang Muslim dan hidup sebagai seorang Muslim tanpa dia mengetahui apa-apa.


Seorang Muslim itu ialah yang sebenar-benarnya menyatakan keimanan kepada Islam dengan penuh kesedaran.


Perbezaan seorang Muslim dengan seorang kafir itu bukanlah dengan nama. Tidak semestinya seseorang yang bernama Johny itu seorang kafir dan seorang yang bernama Atikah itu Muslim. Bukan. Perbezaan yang sebenarnya adalah dalam hal pengetahuan, di mana seseorang adalah kafir kerana dia tidak tahu bagaimana hubungan dirinya dengan Tuhan dan bagaimana hubungan Tuhan dengan dirinya. Dia juga tidak tahu cara hidup yang bagaimana harus dijalaninya di dunia ini yang sesuai dengan kehendak Tuhan. Apabila seorang anak yang ibubapanya Muslim tidak tahu tentang hal ini, maka, apakah alasannya bagi kita untuk menganggap dirinya seorang Muslim?


Berhati-hatilah, kerana dengan kejahilan, kita mungkin boleh kehilangan keimanan, sebuah anugerah yang berharga dalam keidupan ini, sebagai kunci menuju Allah.

No comments: