Sunday, June 26, 2011

Perkongsian isi buku Manhaj Hidup Muslim siri 4

CHAPTER 2: PERBEZAAN ANTARA SEORANG MUSLIM DENGAN SEORANG KAFIR

1) Kenapa Seorang Muslim berbeza dengan seorang kafir?

  • Setiap Muslim percaya bahawa seorang Muslim lebih tinggi darjatnya berbanding orang kafir. 
  • Seorang Muslim disenangi Allah dan memperoleh keselamatan dari Allah, sedangkan seorang kafir tidak. 
  • Seorang Muslim akan masuk ke syurga, sedangkan bukan Muslim akan masuk ke neraka.
2) Apakah perbezaan ini berkaitan dengan soal nama?
  • tidak sama sekali, tidak mungkin perbezaan antara Muslim dengan kafir itu hanyalah kerana hal-hal yang kecil seperti nama Abdurrahman dan Robertson, disunat atau tidak, makan daging babi atau tidak. bukan, bukan. Mana mungkin Allah yang menciptakan seluruh alam bertindak mendiskriminasikan hamba-hambaNya kerana hal-hal seperti ini.
3) Perbezaan Islam dan Kuffar yang sebenarnya
  • Islam bererti kepatuhan kepada Allah manakala kufr bererti keingaran kepada Allah.
  • Kedua-duanya hamba Allah, kedua-duanya adalah manusia. tetapi yang satu berkedudukan mulia kerana mengakui Allah sebagai Rabb dan mematuhi perintah-perintahNya, sedangkan yang satu lagi tidak memiliki kemuliaan itu kerana tidak mengakui Allah dan tidak mematuhi perintah-perintahNya. 
  • Allah menjanjikan syurga kepada orang Muslim dan memperingatkan orang kafir bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.
4)Sebab Perbezaan: PENGETAHUAN dan PERBUATAN. 
    • Pengetahuan bererti seorang Muslim mesti tahu siapa Tuhannya, apa perintah-perintahnya, bagaimana cara-cara untuk menuruti kehendakNya, perbuatan-perbuatan mana yang disukaiNya dan mana yang tidak disukaiNya.
    • Setelah mengetahui ini, maka dia perlu menjadi hamba kepada Rabbnya, melaksanakan kehendak-kehendakNya dan mengabaikan kemahuan-kemahuanNya sendiri.
    • Jika dia mahu melakukan sesuatu, tetapi hal itu bertentangan dengan perintah Tuhannya, maka dia perlu meninggalkan keinginannya dan melaksanakan perintah Tuhan tersebut.
    • Sebaliknya jika dia memandang hina sesuatu perkara, tetapi Allah mengatakan bahawa hal itu mulia, maka dia mesti memandang hal itu sebagai mulia pula.
    • Inilah pengetahuan yang menjadikan seorang Muslim sebagai hamba Allah yang sejati, yang mendapatklan limpahanNya serta kedudukan yang luhur dan mulia. Sebaliknya, kerana seorang kafir tak memiliki pengetahuan ini, ia dimasukkan ke dalam golongan hamba Allah yang membangkang dan tidak mendapat limpahan rahmatNya.

No comments: